⏩ Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara.
⏩ Perkataan “wau” dikatakan berasal daripada perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
⏩ Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.
⏩ Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.