Tuesday, 11 April 2017

MENGHASILKAN WAU

  Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza.

•    Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau agar ia mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. 

JENIS-JENIS WAU

1.Wau barat ⏩ lihat Wau daun.
2.Wau bulan ⏩ Wau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan
   mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan
   sayapnya.
3.Wau gubah kertas ⏩ Wau gubah yang dicipta daripada kertas
4.Wau helang ⏩ Wau yang menyerupai burung khususnya di bahagian ekor dan
   berasal dari Perlis.
5.Wau kangkang ⏩ lihat Wau jala budi.
6.Wau kapal ⏩ Wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layar
  dan berasal dari Selangor
7.Wau kikik ⏩ Nama lain bagi wau kemetek, sejenis wau ringkat berbentuk empat segi.

ISTILAH PERMAINAN

1.  Anjung / lambung ⏩ proses menjulang wau untuk naik ke udara.
2. Jurutarik ⏩ orang yang menarik atau mengendalikan tali wau semasa dinaikkan.
3. Juruwau ⏩ orang yang menyediakan peralatan permainan dan padang serta mengetahui peraturan wau dalam satu-satu pertandingan.
4. Markah dengung ⏩ markah yang dikira pada bunyi dengung semasa wau dinaikkan.
5. Markah kecantikan ⏩ markah yang dikira daripada aspek daya cipta, bentuk, corak, hiasan dan warna semasa wau di bumi.
6. Markah ketahanan ⏩ markah dikira daripada aspek berapa lama wau dapat bertahan di udara dalam jangka masa sekurangnya lima minit atau yang ditetapkan.
7. Markah ketinggian ⏩ markah yang dikira dari bacaan pancang meter semasa wau berada di udara.


PETUA DAN PANTANG LARANG PEMILIHAN BULUH

1      Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
2.     Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3.     Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4.     Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5.     Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.

PERMAINAN WAU

Di Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan, tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarah wan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.


Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.

ALATAN DAN BAHAN UNTUK MEMBUAT WAU

1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakang.
  2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluhPisau dan piau  raut  digunakan tujuan meraut.


3.  Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
4.  Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

CARA BERMAIN WAU

•  Kawasan yang paling sesuai untuk bermain wau adalah di tanah lapang seperti di tepi pantai, dan sawah.
• Permainan wau ini dimainkan menggunakan satu tali sahaja kerana akan memudahkan ia dikawal serta diterbangkan. 2 cara digunakan bagi menaikkan atau melancarkan wau iaitu pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh
• Wau yang terbang perlu dikawal agar talinya tidak putus dan jatuh ke tanah. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau agar wau tidak jatuh ke tanah.         


➤ Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang juruanjung yang memegang wau dan seorang jurutarik yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Bahagian-bahagian wau

1.   Bilah ekor  ⏩ bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan rangka ekor
2. Bilah sayap  ⏩ bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan rangka sayap
3. Ekor ⏩ bahagian bawah wau
4. Kertas jagung ⏩ kertas nipis, berwarna surih, digunakan untuk membuat wau. 
5. Kertas wau ⏩ kertas nipis, berwarna, digunakan untuk membuat wau

Monday, 10 April 2017

PENYIMPANAN BULUH

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.
Antara petua-petua yang diguna pakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1.Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2.Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3.Menyalai kepingan buluh pada bara api.


MERAUT BULUH

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
      1.Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
      2.Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter
       3.Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.


MEMBUAT BINGKAI

✱ Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor.
✱ Rangka bingkai wau kemudian akan diikat:
1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3
    bahagian tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu. 

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang

    Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan hujung bahagian sayap.

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan,  kepingan buluh ditaut
     membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.

7. Langkah terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
   daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.                                                                                                                                                                                                                          

MENGHASILKAN WAU

•    Rangka  yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna . Lapisan...